Wednesday, 29 June 2016
MAKAN DENGAN PERLAHAN BANTU KURUSKAN BADAN
Makan dengan perlahan dapat menjadi satu jalan penyelesaian untuk menurunkan berat badan.
Ini kerana, dengan mengunyah makanan sampai halus dapat membuatkan seseorang mengambil kalori dalam jumlah yang sedikit. Dengan itu, ia mampu mengekalkan bentuk ideal tubuh badan (waistline).
Selain itu, otak manusia memiliki respons yang dapat menyalurkan informasi untuk memberitahu perut sudah kenyang.
Apabila kita terlalu cepat mengunyah makanan dan terus menelannya maka ia akan mengambil masa sedikit untuk menerima respons dari otak. Jadi kita cenderung untuk makan lebih banyak sebelum dapat menerima respons dari otak bahawa kita sudah kenyang.
Namun sebaliknya, apabila kita mengunyah makanan secara perlahan dan dalam waktu yang lama, respons dari otak dapat diterima bahawa kita sudahpun kenyang walaupun kita hanya mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit.
Tuesday, 14 June 2016
MENJADIKAN HIDANGAN OAT LEBIH SEDAP DAN MENARIK
Percaya atau tidak, sehingga ke hari ini hidangan Oat telah terbukti dapat membantu ramai orang untuk MENURUNKAN BERAT badan.
Ramai bagi feedback dah turun berat badan lepas ambil oat dalam hidangan mereka.
Tetapi ada juga yang komplen mereka susah sangat nak telan oat ni. Ada juga yang kata oat ni tak sesuai dengan tekak mereka.
Oleh itu saya nak KONGSIKAN dengan anda semua cara bagaimana dapat menjadikan makan oat dengan lebih MUDAH, SEDAP dan kelihatan lebih MENARIK:
✔ Reneh potongan buah-buahan dengan jus epal, kemudian tambahkan oat untuk menjadikan hidangan oat yang mempunyai rasa seperti pai.
✔ Tambahan potongan strawberi sejuk ke dalam hidangan oat.
✔ Panaskan dan kacau oat dengan campuran mentega sebelum tambahkan air.
✔ Hiris nipis buah pisang dan campurkan ke dalam oat untuk menambahkan rasa manis dan tekstur yang gebu.
✔ Gunakan serbuk kopi dan juga coklat untuk menambahkan perisa kepada oat.
✔ Tambahkan jem buah-buahan kepada oat dan kacaukan dan masak hingga sebati.
Amacam ok ke ok? Diharapkan anda boleh CUBA resepi ni ye
InsyaAllah semoga ianya dapat bantu anda menjadikan hidangan oat lebih MENARIK dan yang lebih penting lagi dapat bantu anda MENGURUSKAN badan dengan lebih SIHAT.
InsyaAllah semoga ianya dapat bantu anda menjadikan hidangan oat lebih MENARIK dan yang lebih penting lagi dapat bantu anda MENGURUSKAN badan dengan lebih SIHAT.
Labels:
bakar lemak,
diet,
fat burner,
kempis,
kurus sebelum raya,
oat,
slim
Thursday, 4 February 2016
TEH HIJAU MEMBANTU PEMBAKARAN KALORI
Meminum teh hijau dapat mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol.
Satu penyelidikan yang dilakukan oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.
Menurut Journal Amerika pula berdasarkan kajian klinikal, nutrisi bahan perangsang di dalam teh hijau mampu meningkatkan kadar metabolisme dan memberikan tenaga. sekaligus membantu menurunkan berat badan jika diamalkan setiap hari.
Teh hijau akan membantu proses metabolisme alami tubuh dan membantu membakar lemak yang berkumpul di perut, paha, lengan dan bahagian-bahagian yang mudah menampung lemak dalam tubuh.
Secara umumnya:
- Teh ini amat sesuai untuk membakar kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol.
- Teh hijau juga membantu meningkatkan tenaga secara menyeluruh dan juga untuk mengurangkan selera makan.
- Teh hijau sangat terkenal di kalangan orang Jepun, dan ia juga dikatakan dapat membantu kita meredakan tekanan (stress).
Selain itu antioksidan yang terdapat di dalam teh hijau boleh membantu mencegah kanser dan juga penyakit jantung.
Amalan rutin teh hijau dapat membakar hingga 70 kalori dalam satu hari saja dan membantu menurunkan berat badan hingga 7 kg dalam satu tahun. Meskipun sedikit, anda dapat menggabungkan diet dengan senaman teratur dan elakkan ambil makanan berlemak.
Dapatkan Teh Hijau berdekatan anda dan cuba amalkan ye. Untuk kesan pantas KLIK SINI. Semoga bermanfaat.
Labels:
bakar lemak,
fat burner,
green tea,
kempis,
kurus,
langsing,
slim,
teh hijau
Saturday, 23 January 2016
AMBIL SARAPAN PAGI UNTUK KURUS
Ketika anda anda memulakan aktiviti dengan perut kosong, tubuh akan membakar kalori dengan lambat.
Menurut ahli nutrisi dan penulis buku The F-Factor Diet, Tanya Zuckerbrot, R.D., pengambilan sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme tubuh badan, ini bererti pembakaran kalori sepanjang hari akan menjadi lebih efisien.
Namun Zuckerbrot menekankan bahawa kunci kepada semuanya adalah jenis makanan yang anda ambil. Makanan dengan kandungan karbohidrat sederhana seperti donat akan menyebabkan glukosa melonjak, kemudian turun secara drastik. Ini juga akan menyebabkan anda berasa lapar seawal jam 11 pagi.
Cara yang lebih baik adalah mengambil makanan jenis berkarbohidrat kompleks seperti oatmeal atau roti gandum murni.
Makanan dengan kadar serat tinggi dan rendah gula akan dicerna dengan lambat, sehingga menyediakan energi yang konsisten dan membuat anda tidak cepat berasa lapar.
Semoga info ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua. Untuk kesan lebih efisien KLIK SINI
Labels:
bakar lemak,
diet,
karbohidrat,
kurus,
langsing,
oat,
sarapan,
slim
Tuesday, 12 January 2016
MINUM AIR KOSONG BOLEH TURUN BERAT BADAN?
Air kosong boleh membantu menurunkan berat badan kerana:
✔ Kalori tiada dalam air kosong, tiada lemak, tiada minyak dan tiada gula. Jika air kosong menggantikan air manis, kita boleh mengurangkan pengambilan kalori.
✔ Air boleh membantu mengawal selera makan.
✔ Air boleh bantu kita dari makan secara berlebihan. Sebelum makan, kita minum air kosong segelas. Dengan itu kita akan makan dalam jumlah yang kurang dari biasa.
✔ Kalau kita rasa lapar sebelum pada masanya, cuba minum air, seterusnya rasa lapar akan hilang. Sebenarnya kita dahaga bukannya lapar.
Jadi amalkan meminum air kosong dengan secukupnya ye
Labels:
air kosong,
diet,
kurus,
langsing,
pemakanan seimbang,
slim
Friday, 8 January 2016
MENGURANGKAN PENGAMBILAN GULA DAN KARBOHIDRAT
Jika selama ini anda terlalu banyak makan nasi dan mengambil makanan-makanan manis, kini tiba masanya anda mengurangkan pengambilan dua zat makanan tersebut.
Hal ini kerana karbohidrat dan gula bakal meningkatkan hormon insulin. Meskipun hormon ini berfungsi untuk menstabilkan kadar gula di dalam darah, namun hormon insulin akan mengumpulkan lemak yang banyak dalam tubuh.
Jadi jika anda mengambil terlalu banyak karbohidrat dan gula, secara tidak langsung akan menyebabkan kandungan lemak turut bertambah dalam tubuh anda.
Selain itu dengan mengurangkan karbohidrat dan gula anda juga boleh mengelakkan diri anda dari risiko terkena gangguan pada ginjal.
Secara umumnya dengan cara ini, anda dapat mengurangkan berat badan hingga 5 kilogram dalam masa seminggu.
Tips: Setiap kali anda menyediakan hidangan, pastikan 1/2 daripada hidangan adalah sayur-sayuran/buah-buahan, 1/4 adalah protein dan selebihnya 1/4 adalah karbohidrat.
Labels:
diet,
karbohidrat,
kempis,
kurus,
langsing,
pemakanan seimbang,
slim
Tuesday, 5 January 2016
MENGAPA MAKAN OAT TERBAIK UNTUK KURANGKAN BERAT BADAN
1.Pembuktian Saintifik
- Satu kajian telah membuktikan sesiapa sahaja yang mengambil sajian oat setiap hari dalam tempoh 6 minggu akan mengalami penurunan paras kolestrol dan mengecilkan saiz pinggang daripada mereka yang mengambil sajian mee (dengan kandungan karbohidrat yang sama) dalam tempoh waktu yang sama.
2.Anda berpuas hati
- Anda tidak lagi perlu menyediakan makanan ringan yang tidak berkhasiat pada waktu pagi dengan adanya hidangan oat.
- Oat membekalkan kalori dan fiber yang tubuh anda perlukan untuk sepanjang hari.
- Tidak seperti sarapan bergula lain yang mengandungi refined carbs (karbohidrat yang mengalami proses pengubahsuaian), tubuh anda akan menghadam oat pada kadar yang lebih perlahan, menstabilkan kandungan gula, menambah tenaga kepada tubuh anda dan mengelakkan kelaparan.
3.Membantu anda mendapatkan karbohidrat pada waktu yang tepat
- Apabila membicarakan pengurangan berat badan, selebriti trainer seperti Bob Harper dan Gunnar Peterson bersetuju yang anda harus ambil karbohidrat ketika sarapan pagi.
- Shira Lenchewski, Pakar Nutrition dan Diet dari Manhattan pula menyatakan yang proses pembakaran karbohidrat adalah lebih efisien pada waktu pagi berbanding malam.
- karbohidrat yang tidak diproses akan tersimpan sebagai lemak dalam badan.
- Beliau juga menyarankan supaya hidangan terbesar (tinggi kandungan karbohidrat) adalah ketika sarapan pagi.
4.Mudah disediakan
- Hidangan oat mengambil masa kurang 10 minit untuk disediakan.
- Ataupun anda boleh sediakannya pada waktu malam dan simpan di dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan keesokan pagi.
5.Kepelbagaian hidangan
- Sarapan seharusnya menjadi lebih menarik.
- Anda boleh mempelbagaikan hidangan anda dengan menambah kombinasi makanan sihat (buah-buahan yang dipotong dadu, yogurt, almond butter, madu dan sebagainya) yang akan menjadikan hidangan anda lebih segar dan menepati selera anda.
Lagi Kaedah Berkesan Menguruskan Badan Sila Klik SINI
Sunday, 3 January 2016
MAKANAN PEMBAKAR LEMAK
GARCINIA CAMBOGIA
Anda tahu apakah buah ini? Sesetengah daripada anda mungkin tidak pernah kenal dengan buah ini.
Garcinia Cambogia, buah tropika juga dikenali sebagai Malabar Tamarind, sangat popular sebagai supplemen untuk mengurangkan berat badan.
Kelebihan utama buah ini ia berkeupayaan menghalang badan anda untuk membina lemak dan ia mengawal selera makan anda. Kajian menunjukkan 60% HCA (Hidroxyctric acid) dalam buah ini mempunyai potensi untuk membakar lemak perut yang degil.
Dalam pada itu, ia juga boleh membantu mengekalkan gula dalam darah dan paras kolesterol di dalam badan. Wow... Banyak juga khasiat buah Cambogia ni rupanya.
So anda boleh cuba amalkan makan Garcinia Cambogia ni untuk kurangkan berat badan.... Semoga bermanfaat ye
Untuk info cara-cara pantas mengurangkan berat badan boleh layari SINI
Anda tahu apakah buah ini? Sesetengah daripada anda mungkin tidak pernah kenal dengan buah ini.
Garcinia Cambogia, buah tropika juga dikenali sebagai Malabar Tamarind, sangat popular sebagai supplemen untuk mengurangkan berat badan.
Kelebihan utama buah ini ia berkeupayaan menghalang badan anda untuk membina lemak dan ia mengawal selera makan anda. Kajian menunjukkan 60% HCA (Hidroxyctric acid) dalam buah ini mempunyai potensi untuk membakar lemak perut yang degil.
Dalam pada itu, ia juga boleh membantu mengekalkan gula dalam darah dan paras kolesterol di dalam badan. Wow... Banyak juga khasiat buah Cambogia ni rupanya.
So anda boleh cuba amalkan makan Garcinia Cambogia ni untuk kurangkan berat badan.... Semoga bermanfaat ye
Untuk info cara-cara pantas mengurangkan berat badan boleh layari SINI
Subscribe to:
Posts (Atom)