Wednesday, 29 June 2016

MAKAN DENGAN PERLAHAN BANTU KURUSKAN BADAN



Makan dengan perlahan dapat menjadi satu jalan penyelesaian untuk menurunkan berat badan. 

Ini kerana, dengan mengunyah makanan sampai halus dapat membuatkan seseorang mengambil kalori dalam jumlah yang sedikit. Dengan itu, ia mampu mengekalkan bentuk ideal tubuh badan (waistline). 

Selain itu, otak manusia memiliki respons yang dapat menyalurkan informasi untuk memberitahu perut sudah kenyang.

Apabila kita terlalu cepat mengunyah makanan dan terus menelannya maka ia akan mengambil masa sedikit untuk menerima respons dari otak. Jadi kita cenderung untuk makan lebih banyak sebelum dapat menerima respons dari otak bahawa kita sudah kenyang.

Namun sebaliknya, apabila kita mengunyah makanan secara perlahan dan dalam waktu yang lama, respons dari otak dapat diterima bahawa kita sudahpun kenyang walaupun kita hanya mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit.



















No comments:

Post a Comment