Meminum teh hijau dapat mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol.
Satu penyelidikan yang dilakukan oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.
Menurut Journal Amerika pula berdasarkan kajian klinikal, nutrisi bahan perangsang di dalam teh hijau mampu meningkatkan kadar metabolisme dan memberikan tenaga. sekaligus membantu menurunkan berat badan jika diamalkan setiap hari.
Teh hijau akan membantu proses metabolisme alami tubuh dan membantu membakar lemak yang berkumpul di perut, paha, lengan dan bahagian-bahagian yang mudah menampung lemak dalam tubuh.
Secara umumnya:
- Teh ini amat sesuai untuk membakar kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol.
- Teh hijau juga membantu meningkatkan tenaga secara menyeluruh dan juga untuk mengurangkan selera makan.
- Teh hijau sangat terkenal di kalangan orang Jepun, dan ia juga dikatakan dapat membantu kita meredakan tekanan (stress).
Selain itu antioksidan yang terdapat di dalam teh hijau boleh membantu mencegah kanser dan juga penyakit jantung.
Amalan rutin teh hijau dapat membakar hingga 70 kalori dalam satu hari saja dan membantu menurunkan berat badan hingga 7 kg dalam satu tahun. Meskipun sedikit, anda dapat menggabungkan diet dengan senaman teratur dan elakkan ambil makanan berlemak.
Dapatkan Teh Hijau berdekatan anda dan cuba amalkan ye. Untuk kesan pantas KLIK SINI. Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment