Jika selama ini anda terlalu banyak makan nasi dan mengambil makanan-makanan manis, kini tiba masanya anda mengurangkan pengambilan dua zat makanan tersebut.
Hal ini kerana karbohidrat dan gula bakal meningkatkan hormon insulin. Meskipun hormon ini berfungsi untuk menstabilkan kadar gula di dalam darah, namun hormon insulin akan mengumpulkan lemak yang banyak dalam tubuh.
Jadi jika anda mengambil terlalu banyak karbohidrat dan gula, secara tidak langsung akan menyebabkan kandungan lemak turut bertambah dalam tubuh anda.
Selain itu dengan mengurangkan karbohidrat dan gula anda juga boleh mengelakkan diri anda dari risiko terkena gangguan pada ginjal.
Secara umumnya dengan cara ini, anda dapat mengurangkan berat badan hingga 5 kilogram dalam masa seminggu.
Tips: Setiap kali anda menyediakan hidangan, pastikan 1/2 daripada hidangan adalah sayur-sayuran/buah-buahan, 1/4 adalah protein dan selebihnya 1/4 adalah karbohidrat.
No comments:
Post a Comment