Tuesday, 5 January 2016

MENGAPA MAKAN OAT TERBAIK UNTUK KURANGKAN BERAT BADAN








































1.Pembuktian Saintifik 
- Satu kajian telah membuktikan sesiapa sahaja yang mengambil sajian oat setiap hari dalam tempoh 6 minggu akan mengalami penurunan paras kolestrol dan mengecilkan saiz pinggang daripada mereka yang mengambil sajian mee (dengan kandungan karbohidrat yang sama) dalam tempoh waktu yang sama.

2.Anda berpuas hati

- Anda tidak lagi perlu menyediakan makanan ringan yang tidak berkhasiat pada waktu pagi dengan adanya hidangan oat.
- Oat membekalkan kalori dan fiber yang tubuh anda perlukan untuk sepanjang hari.
- Tidak seperti sarapan bergula lain yang mengandungi refined carbs (karbohidrat yang mengalami proses pengubahsuaian), tubuh anda akan menghadam oat pada kadar yang lebih perlahan, menstabilkan kandungan gula, menambah tenaga kepada tubuh anda dan mengelakkan kelaparan.

3.Membantu anda mendapatkan karbohidrat pada waktu yang tepat

- Apabila membicarakan pengurangan berat badan, selebriti trainer seperti Bob Harper dan Gunnar Peterson bersetuju yang anda harus ambil karbohidrat ketika sarapan pagi.
- Shira Lenchewski, Pakar Nutrition dan Diet dari Manhattan pula menyatakan yang proses pembakaran karbohidrat adalah lebih efisien pada waktu pagi berbanding malam.
- karbohidrat yang tidak diproses akan tersimpan sebagai lemak dalam badan.
- Beliau juga menyarankan supaya hidangan terbesar (tinggi kandungan karbohidrat) adalah ketika sarapan pagi.


4.Mudah disediakan
- Hidangan oat mengambil masa kurang 10 minit untuk disediakan.
- Ataupun anda boleh sediakannya pada waktu malam dan simpan di dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan keesokan pagi.

5.Kepelbagaian hidangan
- Sarapan seharusnya menjadi lebih menarik.
- Anda boleh mempelbagaikan hidangan anda dengan menambah kombinasi makanan sihat (buah-buahan yang dipotong dadu, yogurt, almond butter, madu dan sebagainya) yang akan menjadikan hidangan anda lebih segar dan menepati selera anda.



















Lagi Kaedah Berkesan Menguruskan Badan Sila Klik SINI

No comments:

Post a Comment