Ketika anda anda memulakan aktiviti dengan perut kosong, tubuh akan membakar kalori dengan lambat.
Menurut ahli nutrisi dan penulis buku The F-Factor Diet, Tanya Zuckerbrot, R.D., pengambilan sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme tubuh badan, ini bererti pembakaran kalori sepanjang hari akan menjadi lebih efisien.
Namun Zuckerbrot menekankan bahawa kunci kepada semuanya adalah jenis makanan yang anda ambil. Makanan dengan kandungan karbohidrat sederhana seperti donat akan menyebabkan glukosa melonjak, kemudian turun secara drastik. Ini juga akan menyebabkan anda berasa lapar seawal jam 11 pagi.
Cara yang lebih baik adalah mengambil makanan jenis berkarbohidrat kompleks seperti oatmeal atau roti gandum murni.
Makanan dengan kadar serat tinggi dan rendah gula akan dicerna dengan lambat, sehingga menyediakan energi yang konsisten dan membuat anda tidak cepat berasa lapar.
Semoga info ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua. Untuk kesan lebih efisien KLIK SINI