Wednesday, 29 June 2016
MAKAN DENGAN PERLAHAN BANTU KURUSKAN BADAN
Makan dengan perlahan dapat menjadi satu jalan penyelesaian untuk menurunkan berat badan.
Ini kerana, dengan mengunyah makanan sampai halus dapat membuatkan seseorang mengambil kalori dalam jumlah yang sedikit. Dengan itu, ia mampu mengekalkan bentuk ideal tubuh badan (waistline).
Selain itu, otak manusia memiliki respons yang dapat menyalurkan informasi untuk memberitahu perut sudah kenyang.
Apabila kita terlalu cepat mengunyah makanan dan terus menelannya maka ia akan mengambil masa sedikit untuk menerima respons dari otak. Jadi kita cenderung untuk makan lebih banyak sebelum dapat menerima respons dari otak bahawa kita sudah kenyang.
Namun sebaliknya, apabila kita mengunyah makanan secara perlahan dan dalam waktu yang lama, respons dari otak dapat diterima bahawa kita sudahpun kenyang walaupun kita hanya mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit.
Tuesday, 14 June 2016
MENJADIKAN HIDANGAN OAT LEBIH SEDAP DAN MENARIK
Percaya atau tidak, sehingga ke hari ini hidangan Oat telah terbukti dapat membantu ramai orang untuk MENURUNKAN BERAT badan.
Ramai bagi feedback dah turun berat badan lepas ambil oat dalam hidangan mereka.
Tetapi ada juga yang komplen mereka susah sangat nak telan oat ni. Ada juga yang kata oat ni tak sesuai dengan tekak mereka.
Oleh itu saya nak KONGSIKAN dengan anda semua cara bagaimana dapat menjadikan makan oat dengan lebih MUDAH, SEDAP dan kelihatan lebih MENARIK:
✔ Reneh potongan buah-buahan dengan jus epal, kemudian tambahkan oat untuk menjadikan hidangan oat yang mempunyai rasa seperti pai.
✔ Tambahan potongan strawberi sejuk ke dalam hidangan oat.
✔ Panaskan dan kacau oat dengan campuran mentega sebelum tambahkan air.
✔ Hiris nipis buah pisang dan campurkan ke dalam oat untuk menambahkan rasa manis dan tekstur yang gebu.
✔ Gunakan serbuk kopi dan juga coklat untuk menambahkan perisa kepada oat.
✔ Tambahkan jem buah-buahan kepada oat dan kacaukan dan masak hingga sebati.
Amacam ok ke ok? Diharapkan anda boleh CUBA resepi ni ye
InsyaAllah semoga ianya dapat bantu anda menjadikan hidangan oat lebih MENARIK dan yang lebih penting lagi dapat bantu anda MENGURUSKAN badan dengan lebih SIHAT.
InsyaAllah semoga ianya dapat bantu anda menjadikan hidangan oat lebih MENARIK dan yang lebih penting lagi dapat bantu anda MENGURUSKAN badan dengan lebih SIHAT.
Labels:
bakar lemak,
diet,
fat burner,
kempis,
kurus sebelum raya,
oat,
slim
Subscribe to:
Posts (Atom)